Hari d nanti sudah kunjung tiba.. Diri mu pergi jua tanpa kerelaan hati kecil ku.. Dengan selembut mungkin aku memujuk hati ini dengan membiarkan pemergian mu bagi merealisasikan hasrat diri mu untuk pergi
"berjuang".. Aku mengimpikan diri mu pulang membawa segulung kejayaan yang membanggakan hati suci ku.. Tidak pernah aku bermimpi seburuk itu, bagai tidak percaya seberapa lama diri mu d sana "belang " telah di tonjolkan.. Hanya DIA mengerti & merasai apa yang aku rasa.. Sekelip mata aku merasai perubahan diri mu secara mendadak.. Sekali lagi aku memujuk hati ini untuk menerima perubahan diri mu & membuang jauh syak wasangka yang sedang bermain d fikiran.. Namun pertelingkahan d antara kita bermula tanpa sedikit pun persetujuan dariku.. Diriku di sisih jauh oleh mu, aku cuba bersabar.. cuba menenangkan hati mu agar tiada sesuatu yang buruk berlaku.. Aku membiarkan hati mu membenciku asal kan diriku tidak membenci mu.. Itulah prinsip yang aku genggam.. Pertelingkahan d antara kita masih jua berlanjutan, tidak pernah selama itu.. Kalau pun
"bergaduh" mungkin sehari dua.. Namun kali ini memakan masa yang agak lama.. Sedikit demi sedikit "
Temberang" mu berjaya ku hidu dek kerana ada nya kecanggihan teknologi.. Kepastian ku tagihkan.. Diri mu mengiyakan.. Kesakitan di iringi titisan air mata kecewa.. Bukan ini yang ku harapkan dari mu..
"KEJAM" nya perbuatan mu tanpa sedikit pun perasaan belas kasihan diberikan kepada ku.. Apa salah ku
sayangg ?? Di situ bermulanya episod duka diiringi tangisan yang tiada berpenghujung.. Aku cekal kan diri mencari "
punca" kepada episod ini.. Aku berjaya, namun penghinaan d lemparkan oleh mu & dia.. sungguh tragis kisah hidup ku.. Dengan sekelip mata jiwa ku kosong dengan kata-kata cinta yang pernah kau berikan.. kasih sayang d harapkan berlalu begitu saja tanpa menoleh ke belakang untuk bersimpati kepada diri ku.. Mengapa aku yang kau seksa?? Kekejaman mu tiada peri kemanusiaan.. Diri ku d caci hina, diriku juga d persalahkan.. Diri mu mengatakan aku hanya melemparkan tuduhan.. Perit hati ku.. kaki melangkah longlai menuju ke gerbang ilmu.. Air mata derita tidak pernah kering.. Penderitaan ku berjaya d baca oleh rakan & teman.. Penjelasan d inginkan.. Satu persatu mulut ku mengatur ayat berbicara dengan berat, tiada niat pekong d dada ku hamparkan jelas.. Hanya sekadar menjelaskan apa yang telah berlaku sehingga riak wajah yang buruk & senyuman yang pahit ku lemparkan kepada mereka.. Tiada lagi hilai tawa dari insan yang di anggap penyeri hidup mereka.. Mereka mengerti, perkataan sabar d panculkan dari mulut setiap sahabat.. Aku mendengar dengan penuh riak wajah yang sunggul.. Sabar?? saban hari aku bersabar.. Hanya diri mu tidak mengetahui.. Malahan aku d jadikan tempat melepaskan geram..Aku d marahi hanya kerana diri mu mempertahakannya.. Sepahit mana ku telan jua.. Tiada apa yang mampu d ungkapkan..
Hati ku mula memberontak..
Pertolongan d tawarkan oleh para sahabat bagi menyelesaikan permasalahan yang sedang berlangsung sengit.. Aku menerima dengan penuh ikhlas.. Penjelasan dari mereka yang kau terima d saban hari.. Namun diri mu tetap dengan pendirian yang "
Zalim" itu.. Aku tetap di persalahkan dalam hal ini.. Aku hanya mendengar tanpa sedikit pun perasaan kerana sedang hanyut di bawa gelora jiwa yang sakit.. Mereka tidak menyerah kalah penjelasan di lemparkan lagi dengan harapan kejayaan d perolehi.. Gajet yang ku sayangi menjadi taruhan dalam pertelingkahan ini untuk memudahkan komunikasi antara diri mu & mereka.. Aku hanya menanti dengan deraian air mata yang tiada hentinya.. Akhirnya diri mu mengalah.. Namun kelat hati ku untuk menerima diri mu.. Takut kalau-kalau cinta ku d uji lagi.. Demi
"cinta" kita aku mengalah jua.. "
Ya Tuhan jangan kau uji aku dengan dugaan yang seberat itu, aku tidak punya kekuatan untuk menangani masalah seperti itu seorang diri dengan hanya berbekal kan jiwa & hati yang lemah".. Diri mu d maaf kan selepas penyesalan d ucapkan.. Hanya satu pinta ku, jangan kau sia-sia kan cinta ini hanya kerana keegoan mu
sayangg.. Tiada gunanya.. Penyesalan tidak mampu mengembalikan apa-apa... Kini diri mu sudah kembali
"normal".. Gembira & riang nya hati ku.. Senyuman mampu d ukir kembali.. Diri ku juga kembali tenang saat diri mu kembali kepada ku.. Mudah-mudahan diri mu akan menjadi milik ku kekal buat selamanya..