Search This Blog

Sunday, 28 August 2011

khilaf siapa ??

   Hati di rundum masalah lagi.. khilaf siapa ??.. Bila agaknya masalah ini akan selesai di serta kan dengan ketenangan yang abadi.. Setiap yang berlaku pasti ada punca nya.. Namun mengapa harus kita menunding jari mancari salah siapa ?? sepatut nya kita bermuhasabah diri dan berkerjasama mencari jalan penyelesaian.. Tetapi sebaliknya berlaku.. Jika tiada yang ingin mengalah siapa lagi ?? Buntu aku memikirkan di mana sebenarnya kekurangan aku sehingga diri mu semudah itu untuk melenting lantas memarahi aku.. Apa dosa ku ?? tidak mampu kah kau untuk memaafi kesalahan ku ?? sesulit mana pemberian maaf itu ?? Penuh dalam benak fikiran ku persoalan yang tidak berjawaban.. Semakin dekat hari mulia menghampiri semakin kian meruncing masalah ini.. Air mata tak berjaya ku tahan, mengalir jua dalam suasana kedukaan.. Terbayang kalau-kalau sambutan tahun ini tanpa insan di sayangi seperti dua tahun sebelum ini ?? Alangkah sedih nya.. segala persiapan telah ku buat, namun apakan daya tuhan telah menetapkan segalanya, kita sebagai manusia hanya mampu merancang..

   Hati ini ku seliputi agar tiada insan yang mengetahui masalah yang dihadapi.. Perbincangan demi perbincangan di lakukan.. akhirnya dirimu menetapkan agar hari mulia tahun ini berlangsung seperti tahun-tahun yang lepas.. Aku sambut dengan senyuman yang membahagiakan di serta kan sekali lagi deraian air mata kegembiraan, namun tangisan ku berjaya di dengari oleh mu di sebalik perbualan kita.. Bukan simpati yang ku raih, air mata ini tidak berjaya ku sekang disebabkan itu la ia mengalir deras apabila perkhabaran gembira kau sampaikan di corong telinga ku.. Semoga ada sinar baru buat kita pada tahun ini.. Menambahkan lagi kasih sayang yang sedia terjalin, mengekalkan sayang menyayangi. percaya mempercayai antara satu sama lain. Hanya itu kunci kebahagiaan yang akan mengekalkan setiap perhubungan..


Ikhlas ku kata kan hanya diri mu yang tersemat di hati yang kerdil ini..
untuk apa kau mencurigai nya ?? Jika hanya kau pilihan hati ini..
Henti kan lah pendustaan yang hanya mampu merumitkan lagi perhubungan ini..


Moga berkekalan hendaknya hubungan ini..
Setiap permulaan biarlah berakhir dengan perkara yang baik..
Biarlah air mata kegembiraan tanda kesyukuran yang mengalir di pipi tembam ku ini
Jangan kau biarkan air mata yang penuh penderitaan menjejak kaki di pipi ku..
Tidak pernah ku izin kan..




Wednesday, 24 August 2011

Tidak berpenghujung..


    Seperti hari-hari yang lain, pagi yang dingin di kejutkan dengan suara lembut seorang bonda yang sedang berusaha mengejutkan anak-anaknya yang sedang lena di buai mimpi untuk bangkit bersahur.. Mata di celik kan, namun masih kuyu.. Perasaan ingin tidur masih menebal.. Kini si bonda sedang mengejutkan anak terunanya pula.. Agak liat untuk di sedar kan.. Apabila semua sudah terpacak di depan meja santapan, doa di amin kan.. Bermula nya rezeki dinihari.. Kami bersahur dengan juadah yang tersedia tanpa berbicara..




   Selepas selesai bersahur aku kembali mengulit mimpi walau hanya untuk seketika, bimbang kalau-kalau mata tidak dapat menumpukan perhatian apabila si guru mengajar.. Apabila masa nya sudah tiba si bonda sekali lagi menjengah kamar beradu ku untuk membangunkan aku dari lena.. Aku bingkas bangun dengan perasaan malas di hati.. Namun apa kan daya, sudah menjadi rutin harian dalam hidup ku.. Aku harus menempuhinya dengan rela.. Diri di persiapkan untuk pergi ke sesuatu tempat yang telah di tetapkan bagi mencari sesuatu yang sangat "berharga"..


   Kenderaan berwarna kuning yang di pandu oleh seorang lelaki "tua" yang aku anggap sebagai pak cik ku itu mampu mengangkut lebih dari 30 orang pelajar ku tahan.. Tangan si bonda ku cium tanda meminta di beri keizinan bagi melangkah ke dunia luar, jauh dari mereka.. Kenderaan itu meluncur laju, walau agak uzur namun masih mampu memberi khidmatnya.. Tanpa kenderaan itu, mungkin agak sulit bagi pelajar lain yang mahu ke destinasi yang mereka ingin tuju.. Sama seperti aku.. Sahabat di sebelah ku sapa bagi permulaan hari yang amat dingin.. sahutan di beri kan, senyuman ku balas.. Tidak berapa lama kemudian tiba lah aku ke destinasi yang ingin di tuju.. Destinasi aku adalah yang terakhir untuk kenderaan itu menurunkan penumpangnya.. 


  Sampai lah aku ke gerbang ilmu yang di jadikan tempat untuk insan seperti aku managih sesuatu yang sangat "berharga" .. "Berharga" yang dimaksudkan ialah "ilmu".. Mengapa aku berkata begitu?? ilmu tidak boleh di nilai dengan mata kasar malah ilmu tidak mampu di beli dengan wang ringgit walau oleh seorang yang bergelar "jutawan".. Kaki melangkah laju menuju ke kelas di temani rakan seperjuangan yang lain.. Namun hari ini "mood" untuk aku dan yang lain belajar hambar.. Dek kerana kekosongan kerusi dan meja yang tidak berpengujung.. Ini mungkin kerana, "mood" hari raya sudah datang menyapa..




                                             
                                               Sunyi di biarkan begitu sahaja..




    Si pendidik tetap tabah mengajar walau sebenarnya mereka turut merasai "mood" tersebut.. Pelajar yang lain mendengar penuh tekun apa yang ingin cuba di sampaikan oleh guru ku.. Apabila masa terus berlalu, guru bertukar bersilih ganti.. Loceng di bunyi kan tepat pada jam 10.45 pagi tanda rehat di berikan kepada pelajar bukan islam mengisi perut kosong mereka.. Aku dan teman-teman yang lain mengambil peluang untuk merakam kan sedikit gambar bagi dijadikan kenangan untuk di tatap apabila "dewasa" kelak.. Satu persatu perakam gambar dikeluarkan.. Aku tidak melepaskan peluang untuk turut membawanya..




                                                    Wajah teman di rakam bersama

                                                        Teman-teman dari Smk Syp1

Tuesday, 23 August 2011

Pemergian mu tanpa kerelaan !


       Hari d nanti sudah kunjung tiba.. Diri mu pergi jua tanpa kerelaan hati kecil ku.. Dengan selembut mungkin aku memujuk hati ini dengan membiarkan pemergian mu bagi merealisasikan hasrat diri mu untuk pergi "berjuang".. Aku mengimpikan diri mu pulang membawa segulung kejayaan yang membanggakan hati suci ku.. Tidak pernah aku bermimpi seburuk itu, bagai tidak percaya seberapa lama diri mu d sana "belang " telah di tonjolkan.. Hanya DIA mengerti & merasai apa yang aku rasa.. Sekelip mata aku merasai perubahan diri mu secara mendadak.. Sekali lagi aku memujuk hati ini untuk menerima perubahan diri mu & membuang jauh syak wasangka yang sedang bermain d fikiran.. Namun pertelingkahan d antara kita bermula tanpa sedikit pun persetujuan dariku.. Diriku di sisih jauh oleh mu, aku cuba bersabar.. cuba menenangkan hati mu agar tiada sesuatu yang buruk berlaku.. Aku membiarkan hati mu membenciku asal kan diriku tidak membenci mu.. Itulah prinsip yang aku genggam.. Pertelingkahan d antara kita masih jua berlanjutan, tidak pernah selama itu.. Kalau pun "bergaduh" mungkin sehari dua.. Namun kali ini memakan masa yang agak lama.. Sedikit demi sedikit "Temberang" mu berjaya ku hidu dek kerana ada nya kecanggihan teknologi.. Kepastian ku tagihkan.. Diri mu mengiyakan.. Kesakitan di iringi titisan air mata kecewa.. Bukan ini yang ku harapkan dari mu.. "KEJAM" nya perbuatan mu tanpa sedikit pun perasaan belas kasihan diberikan kepada ku.. Apa salah ku sayangg ?? Di situ bermulanya episod duka diiringi tangisan yang tiada berpenghujung.. Aku cekal kan diri mencari "punca" kepada episod ini.. Aku berjaya, namun penghinaan d lemparkan oleh mu & dia.. sungguh tragis kisah hidup ku.. Dengan sekelip mata jiwa ku kosong dengan kata-kata cinta yang pernah kau berikan.. kasih sayang d harapkan berlalu begitu saja tanpa menoleh ke belakang untuk bersimpati kepada diri ku.. Mengapa aku yang kau seksa?? Kekejaman mu tiada peri kemanusiaan.. Diri ku d caci hina, diriku juga d persalahkan.. Diri mu mengatakan aku hanya melemparkan tuduhan.. Perit hati ku.. kaki melangkah longlai menuju ke gerbang ilmu.. Air mata derita tidak pernah kering.. Penderitaan ku berjaya d baca oleh rakan & teman.. Penjelasan d inginkan.. Satu persatu mulut ku mengatur ayat berbicara dengan berat, tiada niat pekong d dada ku hamparkan jelas.. Hanya sekadar menjelaskan apa yang telah berlaku sehingga riak wajah yang buruk & senyuman yang pahit ku lemparkan kepada mereka.. Tiada lagi hilai tawa dari insan yang di anggap penyeri hidup mereka.. Mereka mengerti, perkataan sabar d panculkan dari mulut setiap sahabat.. Aku mendengar dengan penuh riak wajah yang sunggul.. Sabar?? saban hari aku bersabar.. Hanya diri mu tidak mengetahui.. Malahan aku d jadikan tempat melepaskan geram..Aku d marahi hanya kerana diri mu mempertahakannya.. Sepahit mana ku telan jua.. Tiada apa yang mampu d ungkapkan..


Hati ku mula memberontak..



Pertolongan d tawarkan oleh para sahabat bagi menyelesaikan permasalahan yang sedang berlangsung sengit.. Aku menerima dengan penuh ikhlas.. Penjelasan dari mereka yang kau terima d saban hari.. Namun diri mu tetap dengan pendirian yang "Zalim" itu.. Aku tetap di persalahkan dalam hal ini.. Aku hanya mendengar tanpa sedikit pun perasaan kerana sedang hanyut di bawa gelora jiwa yang sakit.. Mereka tidak menyerah kalah penjelasan di lemparkan lagi dengan harapan kejayaan d perolehi.. Gajet yang ku sayangi menjadi taruhan dalam pertelingkahan ini untuk memudahkan komunikasi antara diri mu & mereka.. Aku hanya menanti dengan deraian air mata yang tiada hentinya.. Akhirnya diri mu mengalah.. Namun kelat hati ku untuk menerima diri mu.. Takut kalau-kalau cinta ku d uji lagi.. Demi "cinta" kita aku mengalah jua.. "Ya Tuhan jangan kau uji aku dengan dugaan yang seberat itu, aku tidak punya kekuatan untuk menangani masalah seperti itu seorang diri dengan hanya berbekal kan jiwa & hati yang lemah".. Diri mu d maaf kan selepas penyesalan d ucapkan.. Hanya satu pinta ku, jangan kau sia-sia kan cinta ini hanya kerana keegoan mu sayangg.. Tiada gunanya.. Penyesalan tidak mampu mengembalikan apa-apa... Kini diri mu sudah kembali "normal".. Gembira & riang nya hati ku.. Senyuman mampu d ukir kembali.. Diri ku juga kembali tenang saat diri mu kembali kepada ku.. Mudah-mudahan diri mu akan menjadi milik ku kekal buat selamanya..

Sekali lagi aku jatuh cinta


Tanggal 08/06/2009.. aku d pertemukan dengan mu atas ketentuan oleh-Nya. Gembira nya hati ku tidak kepalang lagi. Sekali lagi aku jatuh cinta bila menatap wajah mu. Dengan berbekal kan hati nurani yang kosong aku "melamar" mu untuk mengisi tempat yang kosong tidak berpenghuni. Jiwa ku d suci kan dari  segala kekotoran dek kerana bersiap sedia menerima mu. Hati ku melonjak keriangan apabila diri mu bersetuju menerima aku apa ada nya. Dengan lafaz bismillah.. kita bersatu sebagai "kekasih".. aku milik mu & diri mu milik ku jua.. aku bersetuju menyerahkan jiwa & raga ku hanya untuk mu seorang.. HANYA UNTUK MU.. ikrar d lafaz kan.. tiada dua atau tiga d antara kita.. perjanjian d catatkan.. menyatakan diri mu yang terakhir sehingga salah seorang daripada kita menghembuskan nafas yang terakhir atas ketentuan dari-Nya..  senyuman d ukir kan.. Ohh ! bahagianya kita d suatu hari dahulu.. Hari demi hari kasih sayang di curahkan tanpa sedikit pun paksaan dari hati yang kerdil.. cinta d lafaz kan saban hari hingga kita terleka asyik d buat mimpi indah.. bagai kan d awangan.. Hari demi hari juga aku menatap wajah mu selembut salju nan indah.. Tiada perkataan "jemu" yang ingin ku kata kan.. Semua nya kerana cinta.. Kata-kata cinta sering d bisikkan d corong telinga ku.. Iye sayangg aku mempercayai kejujuran mu.. aku mempercayai setiap tingkah laku & perbuatan mu.. Tiada guna berkasih andai tiada kejujuran & kepercayaan.. aku merela kan hati ini di tipu d setiap genap langkah mu.. Aku rela sayanggg.. Demi mempertahankan impian membina sebuah mahligai d hiasi sinaran & tawa riang si kecil kelak.. sekali lagi aku rela.. Namun ada kah akal fikiran mu mengerti perasaan ku sayang?? ada kah hati mu mendengar bisikkan & rintihan hati ku bila aku kedukaan?? Tidak mengapa sayangg ini semua dek kerana Sekali lagi aku jatuh cinta..